Followers

Wednesday, May 30, 2012

Pisang saya sudah masak

Salam Ukhuwwah


Apa yang jangkakan akhirnya menjadi. Setelah berpenat lelah mengusahakannya, saya dapat juga melihat cantiknya kuning masak buah dan merasai nikmat memakan buahnya. Sayangnya pokoknya terpaksa ditebang. Ya...saya beranalogi lagi kali ini. Sekalipun pokok pisang terdahulu berbuah lebat sebelum masak, saya terpaksa tebang juga sekalipun saya sangat kecewa sebenarnya. Tohmahan terhadap saya, saya lupakan kerana demi menjaga maslahat dan kepentingan pokok-pokok pisang yang lain/tertentu, saya nekad dan buat keputusan untuk tebang pokok pisang terdahulu. Ya, saya puashati.

Wednesday, May 9, 2012

Saya Beranalogi Begini

Saya Beranalogi Begini Hari Ini.....( Macam Ilmu Majaz dalam Balaghah ). Saya menanam pokok pisang hampir setahun yang lalu. Berpenat lelah, berpanas hujan, berkorban masa, berhabis duit, berhujung minggu MENANAM POKOK PISANG, tapi bila saat tikanya tiba, pokok pisang tadi berbuah hasil. Tapi belum masak dan masih putik dan keras lagi. Tunggu sebulan lagi ianya akan masak dan boleh dimakan. Tiba-tiba hari ini, saya tebang pokok pisang itu. Wajarkah tindakan saya itu atau gilakah saya?.

Monday, May 7, 2012

Info Terkini SPM 2

Salam Ukhuwwah.

1.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013.

Cara Semakan 1
http://upu.mohe.gov.my/

Cara Semakan 2
http://intake.utm.my/semakan/?menu=spm

Cara Semakan 3

Cara Semakan 4
https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan/index.jsp

Cara Semakan 5
http://jpt.ums.edu.my/

Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf.

Aplikasi e-Rayuan dibuka mulai 7 Mei 2012 sehingga 18 Mei 2012.

Terbuka kepada CALON YANG TELAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN dan gagal mendapat sebarang tawaran ke IPTA / Politeknik Premier.



TAWARAN RAYUAN ANDA ADALAH TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TEMPAT.
TAWARAN ADALAH MUKTAMAD.

https://online.mohe.gov.my/upu/onlinerayuanupu/

2.
Semakan Keputusan Penempatan Calon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013.

3.
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2012

Saya hanya mengulang maklum setelah beberapa kali memaklumkan. Gemparnya pada 22, 24, 25 & 26 Mac 2012 yang lalu semasa taklimat pengisian borang masuk ke IPTA dan panduan pemilihan pendidikan lanjutan selepas SPM di Bilik Gerakan SMKA Wataniah. Tetapi ramai yang tidak mengambil cakna tentang itu. Tidak mengapa........... Saya ulangi lagi di sini.

Perhatian untuk mana-mana pelajar yang telah mendapat tawaran ke Tingkatan 6. Tahniah saya ucapkan. Sila daftarkan mengikut hari dan sekolah yang tertera dalam surat tawaran kemasukan. Sila bawakan bersama surat tawaran yang telah dicetak dari sistem. jika berhajat untuk bertukar ke sekolah lain, pastikan datang ke sekolah yang anda dapat dan tanyakan guru-guru bertugas pada hari pendaftaran tentang prosedur pertukaran. Harap maklum.

Bagi mana-mana pelajar yang mendapat tawaran ke Program Matrikulasi ( sudah semestinya anda tidak akan dapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 ), jika anda berhajat untuk masuk ke Tingkatan 6 juga, pastikan hadir ke sekolah yang anda kehendaki pada 8 Mei 2012, Selasa. Di SMKA Nurul Ittifaq, sila rujuk Cikgu Azimah dan di SMK Tengku Mahmud, sila rujuk Cikgu Maizatul. Isikan borang rayuan di sekolah berkenaan.

Bagi mana-mana pelajar yang mendapati kes-kes pelik berlaku ke atasnya, contohnya menetap di Jerteh tetapi mendapat tawaran ke Tingkatan 6 di Setiu, pastikan anda menghubungi saya. Sebaiknya telefon dan bercakap dengan saya atau SMS dengan menyatakan nama dan tingkatan anda pada tahun 2011. 

4.   
Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012.

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan Temuduga  bagi  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012  boleh dibuat mulai jam 2 petang, pada 30 April 2012 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia  

 

Saya aturkan satu pertemuan Khamis ini, 3 Mei 2012, jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Bilik Gerakan SMKA Wataniah untuk menerangkan kaedah menghadiri  temuduga, panduan menjawab soalan MedSi dan bimbingan berkaitan untuk program KPLSPM. Jangan datang lewat. Saya tidak akan menunggu anda. kerana alim ulamak berkata " Ilmu itu Didatangi Bukan Mendatangi ". Fahamilah....

Sekian, terima kasih.

Saturday, May 5, 2012

Mac Yang Berlalu Itu

Salam Ukhuwwah.

Saya paparkan perjalanan bulan Mac yang berlalu pergi itu dalam beberapa keping gambar dan sedikit coretan. Itu semua bagi melunaskan pertanyaan beberapa kalangan yang inginkan maklumat dan perlukan paparan perjalanan SMKA Wataniah. Banyak agenda berlangsung. Mungkin sibuk dengan tugas yang lebih penting, maka saya kemudiankan penceritaan ini sekalipun bukan bermaksud meninggalkan jauh atau membiarkan ianya berlalu pergi ditelan masa sehinggakan dilupakan orang. Saya tidak bermaksud sebegitu. Maafkan saya.

Saya saksikan hits kunjungan ke blog ini " Bimbingan Motivasi Prihatin " mencecah 200 jengukan sehari pada pengakhiran Mac setelah keputusan SPM diumumkan. Terima kasih kerana memanfaatkan. Taburan berbakti bukannya bercapah tetapi sekadar satu tarikan haluan keperluan bermusim.  Setiap tahun dinanti.

Saya himpunkan 8 program berlalu untuk manfaat bersama. Tatapilah.....

1.  6 Mac 2012
Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah Menengah Zon 4 Anjuran PPD Besut. SMKA Wataniah sebagai tuan rumah kali ini.


2.  8 Mac 2012
Program Transformasi Gemilang Pelajar Cemerlang.
Program anjuran bersama Program Kecemerlangan PMR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Khusus untuk pelajar PMR. Jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. 


3.  8 Mac 2012
Program Terapi Ekspresif Anjuran UiTM Kota Bharu, Kelantan.
Seronoknya menyertai program ini. Dikendalikan sepenuhnya oleh Cr. Siti Fatimah dari Universiti Putra Malaysia bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kaedah terbaik mengaplikasikan ilmu kaunseling terhadap klien. Terima kasih...



4.  21 Mac 2012
Majlis Takrim Al-Mumtazin Putera-Puteri SPM Tahun 2011.

Saya rakamkan ucapan tahniah kepada sembilan pelajar yang telah mendapat straight A's (11A) dan 10A.

1. Nor Diana binti Mohamad, 5 Ibnu Sina - 11A
2. Nurul Azimah binti Mohd Soud, 5 Ibnu sina - 11A
3. Rabiatul Adawiyah binti Rushaidi, 5 Ibnu Sina - 11A
4. Wan Nursolehah binti Wan Ibrahim, 5 Ibnu Sina - 10A  
5. Raja Nurshuhada binti Raja Abdul Rahman, 5 Ibnu Sina - 10A
6. Nor Aziela binti Mat Yaakub, 5 Ibnu Rusyd - 10A
7. Siti Murni binti Abd Aziz, 5 Ibnu Rusyd - 10A
8. Anom binti Mat Rawi, 5 Ibnu Rusyd - 10A
9. Izzah 'Atira binti Ab Malek, 5 Ibnu Sina - 10A












5.  22, 24, 25 & 26 Mac 2012
Program Bimbingan Pemilihan Kursus di IPTA dan Peluang Pendidikan Lanjutan Selepas SPM.
Empat hari berlangsung. Ramai yang datang. Ada juga yang tidak nampak muka pun. Tidak mengapa kerana jemputan telah dibuat. Surat makluman telahpun diedarkan. Saya tidak memaksa, tapi sekadar ingin membantu. Zaman saya dulu, saya mencari arah saya sendiri. Saya bernasib baik kerana telah memilih jalan yang betul. Bersesuaian dengan pilihan dan pendidikan lanjutan selepas SPM. Selamat Berjaya.



6.  25 Mac 2012
Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Badan Pengawas Sekolah (BPS) dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh.


 
7.  28 Mac 2012
Karnival Pendidikan MARA di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Saya bersama anak-anak pelajar 5 Ibnu Khaldun dan 5 Ibnu Baitar. Datang untuk mengutip ilmu mencari manfaat untuk bekalan persediaan pertanyaan mungkin bimbingan dari anak-anak di SMKA Wataniah selepas ini. Banyak gunanya.



8.  29 Mac 2012
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG SMKA Wataniah Kali Ke-13.
Dirasmikan oleh YB Haji Nawi bin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut.




Monday, April 16, 2012

Kasihnya ibu membawa ke syurga

Salam Ukhuwwah


Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “ Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab: IBUMU” Dia berkata lagi kemudian : kemudian siapa?. Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi : kemudian siapa?. Rasulullah menjawab:”AYAHMU” ( Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM ).

Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.

“ Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah Taala ”.

Hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya. Siapa induk itu?. Induk itulah ibu. Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah. Muliakanlah ibu kami.

Hari ini 16 April 2012, genaplah 11 tahun ibu meninggalkan saya dan adik-adik yang lain. Awal pagi tadi berkesempatan menziarahi pusara ibu. Ibu... engkau tiada duanya di dunia ini. Ya Allah, sesungguhnya kami terpisah tika saat begini. Pertemukanlah kami kembali Ya Allah dalam syurga-Mu di hari akhirat nanti.

Tuesday, March 20, 2012

Info Terkini SPM

Salam Ukhuwwah.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM 2011 ) akan diumumkan pada hari Rabu 21 Mac 2012, Rabu ini. Maklumat ini diperolehi daripada Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Permohonan Ke Institut Pengajian Tinggi

 

Selepas menerima keputusan SPM 2011 masing-masing, calon-calon boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan ke IPTA bersesuaian dengan kelayakan yang diperlukan. Sila rujuk maklumat dan panduan ringkas yang disediakan ini;


SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA ( BUKAN PENDIDIKAN ) BOLEH MELALUI LAMAN WEB :
>> UTM
>> UiTM
>> UPSI
>> UPNM
>> POLITEKNIK


Saya cuma dapat membimbing sekadar termampu. Itupun kalau ada yang sudi menerima. Secara ringkasnya, anda yang akan buat keputusan. Bincanglah dengan ibu bapa / penjaga anda. Jangan mudah menerima maklumat yang salah. Nanti akan tersalah dan terpesong.

Di sini, saya cadangkan untuk pemilihan dan membuat keputusan kepada Pendidikan Lanjutan Selepas SPM anda, telitilah dan buatlah permohonan sama ada secara online atau manual sebanyaknya. Nanti..... bila dah dapat, maka dapatlah kita buat pilihan mana yang terbaik.

Saya cadangkan juga, selain 
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT & ILKA LEPASAN SPM / SETARAF
AMBILAN JULAI 2012
melalui Kementerian Pengajian Tinggi atau ringkasnya melalui BPKP,  Matrikulasi atau Kursus Perguruan Lepas SPM ( KPLSPM ), mohonlah juga kolej-kolej kerajaan negeri atau institusi teknikal berkaitan. 



Sebolehnya, cuba elakkan ke institusi swasta kerana saya percaya, pelajar SMKA Wataniah adalah dalam kalangan pelajar yang hebat.

Bagi yang meminati bidang Pengajian Islam atau selainnya, mohonlah ke :-


2. Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ) Negeri Kedah 

3. Kolej Pengajian Islam Johor ( MARSAH ) Negeri Johor

4. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( KIPSAS ) Negeri Pahang
 

5. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ) Negeri Selangor

6. Kolej Universiti Islam Melaka ( KUIM ) Melaka

Bagi pelajar yang meminati bidang Bahasa Inggeris atau Perakaunan, anda juga disyorkan memohon dengan Kolej Profesional MARA ( KPM ).
Klik :

PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA ( IPMA ) - SECARA ONLINE PENGAMBILAN SESI JULAI 2012


PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN KEMASUKAN SECARA ONLINE


Bagi pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun ( Reka Cipta ) atau pelajar Aliran Sains, saya cadangkan anda juga mohon masuk ke Kolej Universiti TATI ( TATiUC ). Sebuah kolej universiti  bawah Kerajaan Negeri Terengganu.


Klik :

Saya aturkan pertemuan sebegini untuk membantu. Datanglah berjumpa JIKA ingin dibantu.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP)

Berita gembira kepada anda semua!

Iklan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan Jun 2012 sudah keluar pada hari ini. Dapatkan nombor pin di BSN secepat mungkin. Tarikh tutup permohonan: 5 April 2012. Sila rujuk akhbar Mingguan Malaysia 18 Mac 2012, Ahad. No. pin untuk program ini boleh mula dibeli di BSN mulai 22 Mac 2012, Khamis.






Manakala bagi mana-mana pelajar yang sudah tidak berminat lagi UNTUK MENERUSKAN PEMBELAJARAN dan PUNYAI KEINGINAN UNTUK BEKERJA, silalah buat permohonan secara online ke :-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ( SPA )


Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam



Di manakah anda ingin kenali peluang dan dapatkan tajaan/biasiswa....


Saya kemukakan untuk anak didik di SMKA Wataniah. Cadangan saya pohonlah dan telitilah syarat. Kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Wataniah akan cuba membantu mencapai hasrat anda. Baca dan fahami

1.Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi 2012 / 2013

2.Program Al-Ansar Tajaan MAIDAM ke Jordan.
Syaratnya mesti dapat 5A dalam subjek BAT, PQS, PSI, BM, Matematik dan TIADA C bagi subjek lain.
Saya nak semua pelajar SMKA Wataniah memohon kali ini.
Borang permohonan ada pada saya. Datang ambil bila result keluar nanti. Tarikh tutup pada 3 April 2012.





3.Kemasukan ke Tingkatan 6 di KISAS dan SMAP Kajang.
Sila dapatkan borang daripada saya jika berminat.

4. Diploma Kejururawatan Selama 3 Tahun di Universiti Sains Malaysia (USM)



PERMOHONAN DIPLOMA JURURAWAT SIDANG AKADEMIK 2012/2013 DIPLOMA KEJURURAWATAN (PENUH MASA) SIDANG AKADEMIK 2012/2013 DI USM

5. MALAYSIA SPM Principles of Accounting Double Certification Project

http://www.lcciasia.com/content.php?id=76 

6. Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS
Petronas sekali lagi menawarkan biasiswa pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon SPM 2011 di dalam bidang berkaitan industri minyak dan gas. Laman sesawang permohonan akan mula dibuka pada 21 Mac 2012 dan ditutup pada jam 5 petang, 28 Mac 2012. Sila layari :

http://spmonline.petronas.com.my 


7. SENARAI BIASISWA LEPASAN SPM 2011
Pelajar SPM boleh memohon Biasiswa yang telah saya senaraikan dibawah. Khusus Biasiswa 2011 untuk lepasan SPM di Malaysia. Pelajar SPM boleh mohon biasiswa selagi tarikh permohonan biasiswa belum ditutup. Ada biasiswa untuk belajar di Malaysia dan Luar Negara (Oversea).

http://www.index.my/list-of-scholarships-malaysia-2011-2012-senarai-biasiswa-2011-spm/


8. Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012

Sukacita Dimaklumkan, Bahawa Dasar Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Tahun 2012 Akan Diumumkan Mulai 9 April 2012 Melalui Laman Web Jabatan Ini. Sebarang Maklum Balas Berkaitan, Sila Hubungi Talian 03-8885 3704 Atau Layari Laman Web eSilav2 Bagi Mendapatkan Maklumat Selanjutnya. http://esilav2.jpa.gov.my/

9. Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah dalam Bidang Perubatan & Pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco.


10. Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Cuba rujuk di link/capaian web ini untuk ikuti perkembangan tentang tajaan/biasiswa MARA mulai awal bulan April nanti.


11. Program Pra-Diploma Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Kepada Pelajar

Baca Muat Turun Borang

http://online.uitm.edu.my


Saya akan UPDATE kan maklumat terkini melalui page ini.


Selamat Berjaya.

Saya doakan kejayaan sentiasa berpihak kepada anda, pelajar SMKA Wataniah.

SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Sunday, March 18, 2012

Buku Panduan Untuk Pelajar SPM SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Dah siap setelah sekian lama bersekang mata dalam usaha menyiapkan kerja ini. Akan saya gunakan untuk dijadikan rujukan mulai 21 Mac 2012 nanti. Bukan untuk dijual tapi sekadar untuk dikongsikan.


SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Sunday, March 4, 2012

Kursus Kepimpinan As-Siddiq SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Kursus Kepimpinan As-Siddiq SMKA Wataniah ini melibatkan Badan Pengawas Sekolah (BPS), Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Exco Biro Asrama. Awal Mac dipilih selama tiga hari dua malam di Asrama SMKA Wataniah. 1, 2 & 3 Mac 2012, Khamis hingga Sabtu.

Program ini melibatkan seramai 108 peserta dengan 22 fasilitator yang terdiri daripada Alumni SMKA Wataniah yang kini berada di IPGM dan IPTA seluruh negara. Penganjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMKA Wataniah.

Terima kasih Alumni SMKA Wataniah. Buat Halili, Hanif, Syukur, Syuhada, Mariam dan lain-lain lagi, saya rakamkan penghargaan terima kasih atas kejayaan mengendalikan program sebegini. Tahniah.

Juga buat semua Jawatankuasa BPS, PSS, Asrama dan Unit Bimbingan dan Kaunseling atas kerjasama erat hadir melaksanakan tugas bersama. Tanpa kalian, mungkin tiada kecapan kejayaan akan terlaksana.

Sesungguhnya SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).







Thursday, March 1, 2012

Perjalanan Bulan Februari

Salam Ukhuwwah.

1. 4 Februari 2012, Sabtu.
Saya dijemput untuk mengendalikan slot kepimpinan bersama Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber SK Kampung Baharu, Kuala Besut untuk Kursus Kepimpinan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber di Pusat Ko-Kurikulum Besut, Alor Lintang. Sudah sekian lama tidak bersesi dengan anak-anak sekolah rendah. Petah dan cerdik anak-anak ini berkemungkinan ibu bapa mereka ramai yang berkhidmat di TUDM Gong Kedak. Tahniah.....


2. 6 Februari 2012, Isnin.
Majlis Keraian Kecemerlangan PMR tahun 2011 diraikan atas kejayaan cemerlang anak-anak pelajar Tingkatan 3 tahun 2011. Kini mereka berada di Tingkatan 4. Sebahagian mereka kini telah beralih angin ke sekolah lain. Itu hak mereka. Mereka yang pilih. Terima kasih buat Pasukan Kecemerlangan PMR, Cikgu Norma & Cikgu Rohani Ali. Kita raikan bersama di Bukit Keluang Beach Resort. Meriah terasa bila tiga orang pengetua lama, seketika dan baru hadir berkumpul. 




3. 9 Februari 2012, Khamis.
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah diadakan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya dalam usaha mencari bakat dan pemenang bagi mewakili sekolah. Tahniah buat Team Rumah Kuning yang menjadi juara keseluruhan. Jauh berlari sejauh 7km. Juga terima kasih kepada Encik Wan dari Power Root atas tajaan minuman isotonik. Jangan lupa datanglah lagi.





4. 14 Februari 2012, Selasa.
Sebelah pagi, berkesempatan mengadakan slot bimbingan motivasi untuk anak-anak Tingkatan 1 mulai jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Antara slot diisi ialah Slot Bual Bicara Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pelajar Tingkatan Satu bersama Kaunselor Tuan Haji Abdullah Salleh dari SMK Bukit Payong, Besut. Terima kasih kerana memanfaatkan ilmu untuk anak-anak didik di SMKA Wataniah.

 

4. 14 Februari 2012, Selasa.
Jam 2.00 petang program ini diadakan. Tidak banyak gambar sempat dirakam. Kamera bermasalah puncanya. Hanya cukup untuk paparan bagi memenuhkan ruang beraktiviti. Pertandingan untuk nasyid, sajak dan pidato. Keputusan akan diumumkan pada 16 Februari 2012 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Kalian memang hebat.


5. 16 Februari 2012, Khamis.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sepanjang hari persekolahan terisi dengan program. Perarakan, ceramah, nasyid persembahan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah. Tahniah buat Mohd Hanif dan Atikah Anawa atas kejayaan dipilih menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul tahun ini. Anda berdua memang layak. Berbakat dan berbahasa.









6. 19 Februari 2012, Ahad.
Hari ini 50 orang pelajar terpilih dalam kalangan anak yatim miskin dan tinggal di penempatan PPRT didatangi oleh pihak MAIDAM untuk membuat ukuran baju. Sebelum ini saya berkesempatan membuat ukuran kasut sendiri. Terlupa untuk mengambil gambar kasut-kasut tersebut. Ada yang harganya semurah RM29.90 dan semahal RM59.90. Setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 seorang dalam bentuk uniform sekolah lengkap. Cuba kirakan dengan bilangan mereka seramai 50 orang itu. Dapat kan jumlahnya. Wow, besar weh angkanya. Itulah yang termampu saya bantu anak-anak bangsa seagama ini. Belajarlah rajin-rajin. Waktu zaman saya dulu........ tak ada pihak yang sudi membantu sebegini. Tak apa lah itu cerita lama. Kenangan itu, saya sematkan dalam minda dan hati. Saya sekali-kali tak akan semadikannya kerana saya takut akan menjadi seorang manusia yang lupa dan sombong.

7. 21 - 23 Februari 2012, Selasa - Khamis.
Sudah sekian lama tidak berkursus. Kali ini terkena juga. Itupun kerana ganti rakan sekerja yang tak dapat hadir. Kursus Jurulatih Sahabat PPDa Petronas peringkat Negeri Terengganu. Hotel Raudah, Kota Bharu. Kursus ini mempertemukan guru-guru sekolah menengah dan rendah untuk dilatih menjadi jurulatih/fasiltator kepada empat program PPDa yang akan diadakan tahun ini yang ditaja sepenuhnya oleh Petronas. Sangat banyak 'input' berguna lagi bermanfaat menambah ketajaman skil mengendalikan program. Terima kasih. Kursus itu ilmu, kemahiran dan pengalaman. Juga persahabatan kerana dapat mempertemukan kembali rakan-rakan lama seperjuangan setia sekalipun usia kita kini menginjak berkira.



8. 26 Februari 2012, Ahad.
Sertai Karnival Pengajian Tinggi Negara-Jom Masuk U di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bersama pelajar Tingkatan 5 Ibnu Sina dan Tingkatan 5 Ibnu Zuhri. Dari awal pagi hingga lewat petang. Sempat lagi ke Tesco di Lembah Sireh. InsyaAllah pada 28&29 Mac 2012 dan 4&5 April 2012, saya akan bersama empat kelas lagi dari Tingkatan lima. Sabar ya. Kita akan bersama sertai Karnival Pendidikan Mara pula di Kota Bharu dan di Kuala Terengganu. Tunggu..............


Sesungguhnya SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Terima Kasih semua.